J U R N A L P E R U B A H A N

Just another WordPress.com weblog

Model Ekonomi Baru – Perspektif Presiden PAS

leave a comment »

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menegaskan bahawa Model Ekonomi Baru (MEB) yang dibentangkan oleh kerajaan masih lagi tidak mempunyai roh dan tidak menekankan kepentingan akhlak yang merupakan satu asas terpenting dalam memastikan transparensi dan ketelusan pelaksanaan sesuatu dasar ekonomi.

Sesebuah negara boleh sahaja mempunyai dasar yang melangit halatujunya, tetapi tanpa akhlak yang dihayati oleh pembuat dan pelaksana dasar – maka negara masih akan dibelenggu dengan sistem liberal kapitalis – akhirnya ianya hanya bersifat membuat perubahan terhadap kulit dan bukannya bersifat holistik yang merangkumi perkaitan antara dosa-pahala dan keadilan menyeluruh.

Read the rest of this entry »

Written by dutaperubahan

April 4, 2010 at 6:02 am

Posted in Uncategorized

Wartawan Harakahdaily Cetus Provokasi

with 2 comments

Saya terkejut membaca tulisan seorang wartawan Harakahdaily junior yang kira-kira berusia 27 tahun dalam blognya. Tulisan dan tindakan penuh provokasi. Ada motif tertentu.

Zainulfaqar bekas budak UM dalam bidang Sejarah. Dia sama geng dengan Nazree Yunus (Presiden PMI) yang bergiat dalam GERAK kemudian lompat ke PKR kerana ditawarkan tempat dalam AMK. Zainulfaqar mempunyai team sendiri sejak dari UM. Dia pernah diminta untuk menjadi calon Parti Mahasiswa Negara setelah membuat rundingan bersama wakil-wakil UM di PJ. Dia berazam mahu menentang Pak Lah di Parlimen Kepala Batas tapi disebabkan kelemahan pengurusan, akhirnya gagal. Read the rest of this entry »

Written by dutaperubahan

April 1, 2010 at 4:29 am

Posted in Uncategorized

Tagged with

Tidak Puas Hati Dengan Majlis Syura? Itu biasa…

leave a comment »

Sebagai ahli biasa, saya sebulat tekad mengucapkan Salam Perjuangan kepada anggota Majlis Syura Ulama’ PAS. Sungguh, kalian adalah pejuang-pejuang yang sentiasa menjaga perjalanan bahtera penyelamat manusia ini. Penerusan kontrak Mursyidul Am dan timbalannya tidak perlu dihujahkan. Kalian adalah yang terbaik daripada kami.

Institusi Majlis Syura Ulama’ tidak ada pada parti lain meskipun dalam parti rakan komponen Pakatan Rakyat, PKR dan DAP. PAS diharapkan terus kukuh dilandasan politik memburu matlamat gerakannya. Amatlah diharapkan agar MSU sentiasa menggemburkan ijtihad-ijtihad politik baru sesuai dengan cabaran semasa. Inilah yang ahli harapkan.

Kepada Tuan Guru Haji Hadi dan Ustaz Nasharudin yang disayangi, teruskanlah kalian memacu perjuangan ini. Persetankan anasir-anasir yang kemaruk merosakkan parti Islam samada dari luar mahupun dalam. Ramai lagi ahli yang percaya dan yakin dengan kepimpinan kalian. Read the rest of this entry »

Written by dutaperubahan

March 30, 2010 at 1:15 pm

Posted in Uncategorized

Tagged with

HarakahDaily Ok, Tapi…

with one comment

Saya peminat setia akhbar Harakah sejak mengenali PAS. Ayah saya tidak pernah miss beli akhbar itu meskipun keluarannya dua kali seminggu sahaja. Globalisasi pula memudahkan manusia. Ia seperti pisau. Jika digunakan untuk tujuan baik, maka baiklah kerja tersebut. Begitulah sebaliknya. Harakah juga mengambil manfaat daripada globalisasi dengan memperkenalkan Harakahdaily.

Harakahdaily memenuhi permintaan kelompok tertentu. Saya tidak pasti berapa hitsnya sehari. Tapi, cuba lihat website ini; alexa.com. Berdasarkan observation yang dibuat, Harakahdaily berada pada ranking yang ke-70. Sebelumnya adalah laman web The Star, Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, Malaysiakini dan Malaysian Insider.  

Akhir-akhir ini, harakahdaily seolah-olah cuba lari daripada menjadi lidah atau saluran utama PAS. Sebaliknya, konsepnya mirip kepada media alternatif sepertimana Malaysiakini dan Malaysian Insider. Cuma, saya harap ia tidak menjadi sepertimana andaian buruk saya bahawa HarakahDaily adalah tempat untuk menjayakan agenda puak tertentu dalam PAS.

Read the rest of this entry »

Written by dutaperubahan

March 25, 2010 at 3:00 am

Posted in Uncategorized

Tagged with

Puak Nak Rosakkan Parti Islam PAS

leave a comment »

Salam P E R U B A H A N

Saya tidak kecewa jika ada puak-puak musuh Islam nak hancurkan parti Islam. Sebab itu adalah kerja rutin mereka setiap hari. Tapi, saya sedih dan terkilan bila ada puak yang mengatakan pendokong perjuangan tapi mahu menghancurkan parti Islam secara halus dan terancang.

Siapa mereka?

Buat masa ini, saya tiada jawapan. Tapi saya cuba kemukakan beberapa usaha-usaha yang dilakukan oleh satu badan yang sistematik dan agresif dalam PAS untuk melemahkan ikatan parti Islam itu. Lemah dalam konteks ini maksudnya meruntuhkan beberapa prinsip-prinsip harakah dan adab-adab berjema’ah. Mereka tidak serang dasar PAS. Mereka tidak serang intipati perjuangan PAS. Tapi, mereka serang mentaliti dan ribath (ikatan) sesama ahli dan pimpinan. Bila semua tidak bersatu maka akan lumpuhlah PAS.

Pendokong agama Allah tidak akan lenyap. Jika hancurnya PAS, mungkin ia akan diganti dengan parti lain. Mereka berusaha mahu memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, tapi Allah menggagalkannya, malah menyempurnakan agamaNya. Sepertimana usaha orang Islam di Turki. Bila mereka disekat dan persatuan mereka diharamkan, maka mereka akan tubuh dan gerakkan wadah baru. Orang ikhlas berjuang akan dipelihara oleh Allah dan begitulah sebaliknya. Read the rest of this entry »

Written by dutaperubahan

March 22, 2010 at 6:41 am

Posted in Uncategorized

Tagged with ,

Apa Misi PAS Reform?

leave a comment »

Reform ialah P E R U B A H A N. Saya mula mengenali perkataan Reformasi sejak dibangku sekolah sekitar 1998/1999. Pada waktu itu, nurani rakyat mahukan reformasi tumbangkan kerajaan yang zalim. UMNO dan Barisan Nasional. Ia dipimpin oleh pemerintahan corak semi-demokrasi yang diketuai oleh Mahathir Mohammad seperti kata William Case. Kebencian terhadap Mahathir mendidih mendadak selepas pemecatan Anwar Ibrahim dari kabinet Malaysia. Mahkamah baru-baru ini putuskan pemecatan tersebut sah.

Itu makna harfi mengenai Reformasi.

Sebuah parti Islam di Malaysia yang melalui onak samudera sejak penubuhannya berdekad dulu kini berhadapan dengan serangan pemikiran dan  masalah disiplin ahli. Ya, PAS pernah melalui zaman badainya dulu. Zaman kepimpinan arwah Dato’ Asri Muda selepas fasa pembentukan kerajaan campuran bersama UMNO. Ucapan dasar Dato’ Asri pernah ditolak dalam muktamar. Akhirnya, muncul era kepimpinan ulama’ yang dipimpin oleh arwah Dato’ Fadzil Noor dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Wibawa mereka terserlah.

Serangan terhadap PAS bukan hanya dari luar tapi dari dalam. Dari luar itu biasa sifatnya. Namun, jika dari dalam itu luar biasa atau janggal namanya. Sementelahan saya mencari sparring blogger petang tadi, saya jumpa beberapa logo dan tagline berbau desakan dari mereka yang tersepit. Antara yang saya jumpai, ‘Desak Mahukan EGM’, PAS Reform dan Task Force 13 yang mahu menyuburkan demokrasi berpolitik dalam PAS, kata mantan budak UM, Zainulfaqar.

Dua logo diatas saya dapati daripada blog Zainulfaqar dan Al-Bakistani.

Saya masih belum ada jawapan samada ini dinamakan P E R U B A H A N yang sebenar atau ia hanya sekadar kemuncup dalam perjuangan. Azam saya ialah menutup mulut pihak ini dengan meneruskan perjuangan PAS yang sebenar sehinggalah tiada lagi unsur fitnah dan kepuakan begini.

19.12 | Tepi Bukit  

Written by dutaperubahan

March 16, 2010 at 11:07 am

Posted in Uncategorized

Tagged with

Ini Tekad P E R U B A H A N Saya!

leave a comment »

Salam Perubahan

Saya seorang Muslim dan bangga menjadi orang Islam. Malah, saya bersyukur dikurniakan nikmat ini.

Saya minat dengan politik. Tapi, kurang meminati sistem dan budayanya. Cuma, mahu melihat politikus dan partinya.

Saya yakin, hanya orang Islam dan parti Islam sahaja yang mempunyai masa depan yang cerah. Ini tekad saya.

Selain daripada itu, tiada masa depan.

UMNO, MCA, MIC, PPP, PAS, PKR dan DAP mempunyai ideologi dan karakter pimpinan masing-masing. Lebih simplistik, di Malaysia hanya ada dua blok parti yang dominan. Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Blok Bebas baru hendak beransur-ansur naik.

Saya yakin Malaysia menuju P E R U B A H A N.

Bukan berubah parti pemerintah, tapi berubah sikap dan mentaliti. Akhirnya dari bab itu, maka akan lahirlah satu P E R U B A H A N yang saya cita-citakan. Ia untuk kebaikan rakyat dan negara. Ia akan berada di tangan ISLAM.

Saya menulis hasrat hati ini dalam satu Jurnal Perubahan. Moga ia menjadi sejarah dalam perjuangan menuntut P E R U B A H A N di Malaysia. Saya menyokong mereka yang mahukan ISLAM. Saya mendokong mereka yang memartabatkan ISLAM. Itu adalah akidah saya.

Duta Perubahan | 13.55 – Sejuk beku dalam tadahan ilmu 

Written by dutaperubahan

March 16, 2010 at 5:53 am

Posted in Uncategorized

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.