J U R N A L P E R U B A H A N

Just another WordPress.com weblog

Puak Nak Rosakkan Parti Islam PAS

leave a comment »

Salam P E R U B A H A N

Saya tidak kecewa jika ada puak-puak musuh Islam nak hancurkan parti Islam. Sebab itu adalah kerja rutin mereka setiap hari. Tapi, saya sedih dan terkilan bila ada puak yang mengatakan pendokong perjuangan tapi mahu menghancurkan parti Islam secara halus dan terancang.

Siapa mereka?

Buat masa ini, saya tiada jawapan. Tapi saya cuba kemukakan beberapa usaha-usaha yang dilakukan oleh satu badan yang sistematik dan agresif dalam PAS untuk melemahkan ikatan parti Islam itu. Lemah dalam konteks ini maksudnya meruntuhkan beberapa prinsip-prinsip harakah dan adab-adab berjema’ah. Mereka tidak serang dasar PAS. Mereka tidak serang intipati perjuangan PAS. Tapi, mereka serang mentaliti dan ribath (ikatan) sesama ahli dan pimpinan. Bila semua tidak bersatu maka akan lumpuhlah PAS.

Pendokong agama Allah tidak akan lenyap. Jika hancurnya PAS, mungkin ia akan diganti dengan parti lain. Mereka berusaha mahu memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, tapi Allah menggagalkannya, malah menyempurnakan agamaNya. Sepertimana usaha orang Islam di Turki. Bila mereka disekat dan persatuan mereka diharamkan, maka mereka akan tubuh dan gerakkan wadah baru. Orang ikhlas berjuang akan dipelihara oleh Allah dan begitulah sebaliknya.

Hari ini dalam PAS ada usaha-usaha begitu. Presiden sebagai nakhoda kapal, diendah malah dicemuh. Dalam diam mahupun terbuka! Timbalan Presiden dikatakan gila kuasa dan kemaruk untuk bekerjasama dengan UMNO. Sebahagian mereka mengatakan usaha Timbalan Presiden adalah seperti menggaulkan mentega dengan taik. Saya taknak cerita perkara ini dalam entri ini. Saya akan cerita lain bab itu. Golongan veteran dan berpengalaman dalam PAS, mereka akan serang habis-habisan sepertimana yang dilakukan oleh bekas budak UKM, Abdullah Karim terhadap Cikgu Pa dan Ustaz Tuan Ibrahim.

Konspirasi menjatuhkan MB Selangor?

Pertama, isu ini timbul bila puak ini kata akan ada seorang pimpinan PAS Selangor mahu merampas kuasa menjadi MB Selangor selepas melanyak Khalid Ibrahim dari pelbagai sudut.

Adakah mereka ini sedar, jika sekalipun Khalid Ibrahim tersungkur dipuncak kuasa, maka ada beberapa lagi ahli PKR yang majoriti di DUN atau Exco Selangor? Paling tidak pun, Yaakob Sapari. Atau mungkin Azmin Ali yang beria-ia mahu Exco Selangor dirombak satu ketika dulu? PAS nak rampas kuasa bukan satu tugas yang mudah. Beranikah Hassan Ali gelojoh ke puncak kuasa tanpa mendapat perkenan AJK PAS Pusat dan suara ahli PAS Selangor.

Kedua, mereka menggunakan hujah rasuah yang dipalitkan ke atas Khalid Ibrahim sebagai permulaan untuk menyerang Hassan Ali yang dikatakan terbabit dalam konspirasi ini menggunakan proksinya. Dalam website Tulang Besi,  Rahman Talib menamakan tiga konspirator iaitu Suwardi Yaacob, Dr Samsuri dan Roslan SMS. Siapa yang memberikan nama-nama tersebut? Mereka ialah Abdullah Karim dan Nazree Yunus.

Abdullah Karim dikatakan berhubung dengan Nazree Yunus untuk mendapatkan maklumat tersebut. Saya ragu-ragu, mungkinkah Nazree yang dikatakan pejuang integriti dan anti korupsi itu dikatakan sanggup mendedahkan butiran pemberi maklumat rasuah terhadap PAS dan pihak-pihak luar termasuk Rahman Talib? Sedangkan PR pun bersetuju dengan Akta Rang Undang-Undang Pemberi Maklumat.    

Kenapa Nazree AKA Pengerusi GERAK buat begitu?

Pada waktu kes ini berlaku, Nazree adalah Pengerusi GERAK. Sekarang memilih PKR sebagai wadah perjuangan. Tapi, semakin hari namanya hilang dalam politik. Mungkin sudah tiada tempat di PKR untuk dia menonjolkan muka dan beraksi. Banyak tekanan agaknya dalam AMK. Nazree juga merupakan mantan Presiden PMIUM dan Pengerusi SMM. Dia licik dan opportunis orangnya.

Saya bagi satu contoh senario. Orang-orang Hasan Ali dikatakan atau dituduh memberi maklumat rasuah Khalid Ibrahim kepada Nazree. Jika fakta dan dalil itu tidak kuat, Nazree tidak akan berani bawa kes itu ke SPRM. Sebaliknya, Nazree berani berbuat demikian dan berani berhadapan dengan tindakan saman Khalid Ibrahim di mahkamah atas dakwaan fitnah. Nazree tetap teruskan! Ini bermakna dakwaan rasuah itu kuat dan benar!

Saya yakin Nazree menerimanya bukan kerana Nazree berkomplot dengan PAS untuk jatuhkan Khalid Ibrahim sebaliknya Nazree berpegang kepada prinsip perjuangan untuk membanteras rasuah.

Soalnya, kenapa Rahman Talib mengatakan Nazree bersedia menghadap Lembaga Disiplin PAS untuk mendedahkan konspirasi menjatuhkan Khalid Ibrahim? Kenapa Abdullah Karim beria-ria nak mengheret Nazree dalam isu ini? Adakah Nazree tidak beretika bila mendedahkan pemberi maklumat kepada pihak-pihak yang tidak sepatutnya seperti Abdullah Karim, Rahman Talib dan mungkin beberapa pimpinan PAS yang lain.

Isu besar disini ialah ada puak-puak tertentu mahu menyingkirkan Hasan Ali dan kerabatnya dari Selangor dan menggantikan dengan pimpinan PAS Selangor yang lain. Jika benar ada dakwaan rasuah biar mahkamah yang menentukannya. Kenapa Nazree mahu terlibat dengan konspirasi ini?   

14.42 | Kerusi Bising

Written by dutaperubahan

March 22, 2010 at 6:41 am

Posted in Uncategorized

Tagged with ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: