J U R N A L P E R U B A H A N

Just another WordPress.com weblog

HarakahDaily Ok, Tapi…

with one comment

Saya peminat setia akhbar Harakah sejak mengenali PAS. Ayah saya tidak pernah miss beli akhbar itu meskipun keluarannya dua kali seminggu sahaja. Globalisasi pula memudahkan manusia. Ia seperti pisau. Jika digunakan untuk tujuan baik, maka baiklah kerja tersebut. Begitulah sebaliknya. Harakah juga mengambil manfaat daripada globalisasi dengan memperkenalkan Harakahdaily.

Harakahdaily memenuhi permintaan kelompok tertentu. Saya tidak pasti berapa hitsnya sehari. Tapi, cuba lihat website ini; alexa.com. Berdasarkan observation yang dibuat, Harakahdaily berada pada ranking yang ke-70. Sebelumnya adalah laman web The Star, Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, Malaysiakini dan Malaysian Insider.  

Akhir-akhir ini, harakahdaily seolah-olah cuba lari daripada menjadi lidah atau saluran utama PAS. Sebaliknya, konsepnya mirip kepada media alternatif sepertimana Malaysiakini dan Malaysian Insider. Cuma, saya harap ia tidak menjadi sepertimana andaian buruk saya bahawa HarakahDaily adalah tempat untuk menjayakan agenda puak tertentu dalam PAS.

Cuba lihat dalam kategori berita dalam laman web Harakahdaily bermula pada 22hb Mac hingga 24hb Mac 2010. Dalam tempoh tersebut kira-kira 39 berita yang dimuatkan dalamnya.

Daripada 39 berita, ia dapat disimpulkan begini;

  1. Pada 22 Mac ada 10 berita, 7 daripadanya kenyataan pimpinan PAS, selebihnya daripada PR dan Anwar
  2. Pada 23 Mac ada 16 berita, 7 daripadanya kenyataan pimpinan PAS, 5 kenyataan Anwar, Lim Kit Siang serta PR dan 4 berita lain termasuk berita daripada sumber yang tidak jelas.
  3. Pada 24 Mac ada 13 berita, 2 daripadanya kenyataan pimpinan PAS, 7 kenyataan PR, dan selebihnya berita lain termasuk daripada Ahli Parlimen UMNO dan Bebas serta daripada sumber yang tidak rasmi daripada PAS.

Sepanjang tempoh tersebut, negara banyak memfokuskan mengenai sidang Parlimen. PAS mula membahas pada petang 22hb Mac melalui Presiden. Namun, sebahagian kecil ucapannya diuploadkan pada pagi 23hb Mac 2010. Ia hanya berkaitan dengan slogan 1 Malaysia dan tidak menghighlightkan gesaan Presiden terhadap pindaan Rukun Negara yang kini mendapat feedback daripada ahli akademik dan UMNO.

Selain Presiden, banyak juga soalan-soalan yang diutarakan oleh Ahli Parlimen PAS seperti Padang Terap, Baling, Kota Raja, Bachok dan Jerai dalam tempoh tersebut tidak diberitakan. Malah, pada 23hb, ucapan daripada  Rantau Panjang mengenai royalti minyak Kelantan dan Bachok mengenai perubahan budaya Parlimen tidak juga diuploadkan.

Pembaca boleh melihat butiran Dewan Rakyat dalam hansard Parlimen.

Selain itu, apa sebenarnya cerita yang dimuatkan dalam Harakahdaily? Kebanyakannya adalah mengenai APCO yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang dan dituruti oleh Pokok Sena. Berita itu dilaporkan meskipun ia dibuat di lobi Parlimen.

Dalam tempoh tersebut, Pokok Sena paling banyak membuat kenyataan mengenai APCO, 16 September dan royalti minyak. Lebih menghairankan, beliau telah memaklumkan klue mengenai anggota Majlis Syura walaupun Presiden tidak membuat apa-apa kenyataan.

Begitu juga berita mengenai mesyuarat Majlis Syura yang mengelirukan. Tiada sumber yang sahih memaklumkan mengenai keputusan Majlis Syura dan ia hanya dilaporkan oleh wartawan yang dinamakan ‘HarakahDaily’, tidak seperti lain yang meletakkan nama wartawan itu sendiri seperti Nazri Abdullah, Hazayani Zakaria, Johari Jaafar dan Dzulfikar Mashoor.

Selain daripada berita parti, HarakahDaily turut memuatkan berita mengenai Pilihanraya PBT, SPRM, Zahrain VS Ghapur serta laporan aktiviti lain.

HarakahDaily disarankan untuk mengutamakan kenyataan pimpinan PAS dan laporan aktiviti parti sepertimana yang dibuat oleh akhbar Sinar Harian. Pendirian-pendirian rasmi parti seharusnya datang daripada mereka yang sepatutnya seperti daripada Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha atau Ketua Penerangan

11.03 | Alunan Muzik

Written by dutaperubahan

March 25, 2010 at 3:00 am

Posted in Uncategorized

Tagged with

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. Tulisan yg sangat baik. Harap istiqamah. Saya linkkan di blog

    Ali Zaidan

    March 26, 2010 at 11:52 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: