J U R N A L P E R U B A H A N

Just another WordPress.com weblog

Tidak Puas Hati Dengan Majlis Syura? Itu biasa…

leave a comment »

Sebagai ahli biasa, saya sebulat tekad mengucapkan Salam Perjuangan kepada anggota Majlis Syura Ulama’ PAS. Sungguh, kalian adalah pejuang-pejuang yang sentiasa menjaga perjalanan bahtera penyelamat manusia ini. Penerusan kontrak Mursyidul Am dan timbalannya tidak perlu dihujahkan. Kalian adalah yang terbaik daripada kami.

Institusi Majlis Syura Ulama’ tidak ada pada parti lain meskipun dalam parti rakan komponen Pakatan Rakyat, PKR dan DAP. PAS diharapkan terus kukuh dilandasan politik memburu matlamat gerakannya. Amatlah diharapkan agar MSU sentiasa menggemburkan ijtihad-ijtihad politik baru sesuai dengan cabaran semasa. Inilah yang ahli harapkan.

Kepada Tuan Guru Haji Hadi dan Ustaz Nasharudin yang disayangi, teruskanlah kalian memacu perjuangan ini. Persetankan anasir-anasir yang kemaruk merosakkan parti Islam samada dari luar mahupun dalam. Ramai lagi ahli yang percaya dan yakin dengan kepimpinan kalian.

Jika diselidiki, dari awal-awal lagi terdapat satu desakan halus dari dalam parti yang cuba untuk mengeruhkan suasana memburukkan kepimpinan ahli syura. Mereka cuba menimbulkan persepsi perpecahan dua tokoh ulama’ iaitu antara Tuan Guru Haji Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz. Mereka memainkan sentimen Tuan Guru Nik Aziz tidak akan dilantik lagi supaya yang dikatakan kumpulan Presiden ini akan lebih selesa membawa arus bahtera ini.

Mereka berpegang kepada kenyataan TGNA sebelum itu yang menyatakan bahawa beliau tidak menjadi masalah sekiranya tidak dilantik disebabkan faktor kesihatan dan kurangnya komitmen. Kenyataan itu dijadikan dalil untuk menguatkan persepsi jahat mereka. Mereka memalu dengan sekuat-kuatnya gendang sangka buruk di media-media dalam kalangan Task Force 13 dan telah membuat persiapan rapi sekiranya TGNA tidak lagi dilantik.

Walaubagaimanapun, pada 29hb yang lalu Presiden membuatkan pengumuman bahawa kerusi Mursyidul ‘Am masih lagi kepada tokoh yang sama. Maka, terkejutlah anasir-anasir jahat untuk melihat keretakan dalam PAS. Tidak berjayalah perancangan jahat mereka.

Setelah rancangan itu tidak berjaya, akhirnya mereka mainkan lagu yang kedua iaitu penyingkiran Ustaz Ahmad Awang dalam MSU. Apa yang ditulis oleh seorang blogger jahat dalam blognya,

“Syukur, Alhamdulillah. Namun, kita masih bersedih kerana nama Ustaz Ahmad Awang telah dibuang dari senarai ahli Majlis Syura yang terbaru, walaupun Ustaz Ahmad Awang masih bersedia untuk terus memegang jawatan sebagai ahli Majlis Syura.

Nampaknya Tok Guru berseorangan dalam syura kerana hanya beliau (dan mungkin seorang lagi) yang jelas penentangannya terhadap Kerajaang Perpaduang”

Ini yang disebut sebagai puak nak meranapkan parti Islam. Mereka sentiasa bersangka buruk dengan kepimpinan, walaupun yang hadir dalam mesyuarat tersebut adalah golongan ulama’ dan insyaAllah mesyuarat itu dijalankan dengan penuh keberkatan.

Apa objektif blogger jahat itu menyebut nama Ustaz Ahmad Awang dibuang dalam senarai? Apa niat mengatakan Tok Guru berkeseorangan dalam syura? Ini membuktikan bahawa blogger jahat ini cuba meniupkan tiupan was-was syaitan kepada ahli-ahli PAS dan cuba untuk melunturkan ruh ukhuwwah dan perjuangan dalam kalangan anggota gerakan Islam.

Meskipun blogger jahat itu adalah ahli PAS sendiri namun jelas perbezaan orang yang mendapat tarbiyyah dan tidak. Blogger jahat ini langsung tidak pernah mengikuti usrah dan pengisian. Bahkan, hanya duduk depan komputer menghidupkan fitnah-fitnah syaitan dan mengharapkan teman-teman seangkatannya menyokong usaha-usahanya (Task Force 13)

9.15pm / kurungan habuk

Written by dutaperubahan

March 30, 2010 at 1:15 pm

Posted in Uncategorized

Tagged with

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: