J U R N A L P E R U B A H A N

Just another WordPress.com weblog

Wartawan Harakahdaily Cetus Provokasi

with 2 comments

Saya terkejut membaca tulisan seorang wartawan Harakahdaily junior yang kira-kira berusia 27 tahun dalam blognya. Tulisan dan tindakan penuh provokasi. Ada motif tertentu.

Zainulfaqar bekas budak UM dalam bidang Sejarah. Dia sama geng dengan Nazree Yunus (Presiden PMI) yang bergiat dalam GERAK kemudian lompat ke PKR kerana ditawarkan tempat dalam AMK. Zainulfaqar mempunyai team sendiri sejak dari UM. Dia pernah diminta untuk menjadi calon Parti Mahasiswa Negara setelah membuat rundingan bersama wakil-wakil UM di PJ. Dia berazam mahu menentang Pak Lah di Parlimen Kepala Batas tapi disebabkan kelemahan pengurusan, akhirnya gagal.

Dia seorang yang provokatif sejak dari zaman kampus. Obses dengan idealisme perjuangan. Dia mempunyai masalah keluarga. Kemudian terus menetap di KL/Selangor dan tidak pulang ke Penang.

Laporan polis pernah dibuat ke atasnya ketika zaman kampus

Bagi saya, tindakannya memprovokasi Timbalan Presiden ada motif tertentu. Motifnya dirancang dalam perjumpaan Task Force 13. Zainulfaqar tidak pernah bertemu dan mewawancara Timbalan Presiden mengenai isu yang dibawa olehnya samada di Dewan Rakyat mahupun di luar. Selalunya, dia akan membuat coverage mengenai pimpinan-pimpinan Erdogan terutamanya Khalid Samad dan Dzulkefly Ahmad. Malah, dia akan mendapatkan endorsement daripada kedua-dua pemimpin tersebut sebelum apa-apa tulisannya diterbitkan dalam Harakah.

Banyak blog mengambil entri terbaru Faqar mengenai tegurannya terhadap Timbalan Presiden PAS di lounge Parlimen. Tajuknya pun dah tak kena. Sebagai Muslim, memang betullah lebih baik bertanya Allah daripada manusia. Sebab Allah suka orang bertanya kepadanya dan kita sendiri tidak dapat melihat ‘wajah’ Allah berbanding manusia yang mempunyai mood dan personaliti masing-masing.

Kemudian, kenapa Faqar mengambil masa dan keadaan Ustaz Nasharudin sedang berbincang dengan Timbalan Menteri untuk bertanyakan soalan provokasi tersebut? Kenapa Faqar terus menyebut UMNO fraksi Zionis dihadapan Timbalan Menteri itu? Lihat sahaja gaya bahasa yang digunakan oleh Faqar terhadap Timbalan Presiden. Dia menggunakan perkataan “aku” dan “hang”. Biadap!

Ada beberapa tindakan halus yang perlu kita baca daripada agen provokator Task Force 13 ini.

Pertama, Faqar terjah Timbalan Presiden sewaktu dalam keadaan berbincang dengan pihak menteri.

Kedua, gaya bahasa biadap yang digunakan oleh Faqar ketika bercakap dengan Ustaz Nasharudin.

Ketiga, dia menggambarkan wajah Ustaz Nasharudin yang bengis. Dia menggambarkan seolah-olah Ustaz Nasharudin bukan pimpinan Islam dan PAS.

Keempat, dia mengusap belakang Ustaz dan berkata dengan nada lembut seolah-olah mengejek.

Daripada empat keadaan tersebut, kita cuba menyimpulkan disini;

Faqar hanya nak create isu menunjukkan Ustaz Nasharudin berbincang dengan Timbalan Menteri mengenai isu kerajaan perpaduan. Dia nak create sentimen pengkhianatan dan perkauman. Dia mahu sinonimkan Ustaz Nasharudin dengan pengkhianatan dan perkauman. Itu agenda Task Force 13.

Faqar ada aim yang lain iaitu ingin menimbulkan kemarahan Ustaz, dan jika boleh Faqar mahu Ustaz menampar atau menumbuknya. Itu the highest aim sebab itulah modal paling besar untuk dimanipulasikan. Jika berjaya, isu itu akan dimainkan untuk menutup cerita seorang pemimpin Erdogan yang pernah menumbuk tetamu ketika Hari Terbuka Aidilfitri PAS di Taman Melewar tahun lalu.

Gambar yang dimuatkan dalam entri Faqar bukan gambar yang sebenar ketika Ustaz Nasharudin berada di Parlimen. Dia hanya mahu menunjukkan gaya elit Ustaz untuk menambahkan kebencian ahli padanya.

Faqar tahu bahawa Ustaz Nasharudin bukan seorang fighter dan bertengkar dalam Dewan Rakyat sepertimana aksi Kuala Selangor, Shah Alam, Padang Serai dan Titiwangsa. Ustaz Nasharudin bukan begitu sifatnya.

Jelas, bahawa tindakan Faqar hanya ingin create sentimen kebencian dan sentiasa mahu sinonimkan perkataan pengkhianatan dan perkauman kepada beberapa pimpinan PAS terutamanya Timbalan Presiden dan lain-lain.

Provokasi adalah mainan Faqar. Maka, berhati-hati!

12.20 | Deruan Kipas

Written by dutaperubahan

April 1, 2010 at 4:29 am

Posted in Uncategorized

Tagged with

2 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam Tuan, Saya telah membaca tulisan Sdr Zainulfaqar dan Duta Perubahan. Hebat juga juga Sdr Zainulfaqar ini dengan keberanian serta bertanggungjawabnya. Memang ada terlihat sesuatu motif tindakan beliau tetapi telah dijelaskan oleh beliau sendiri kpd Ust Nasha yang beliau anti Kerajauan Perpaduan. Eloklah Ust Nasha bijak membawa diri sebagai Ahli Parlimen apatah lagi sebagai AP Pakatan Rakyat dan bukan nya sebaliknya. Apa yang dituliskan oleh Duta Perubahan memperlihatkan pertahanan yang amat lemah dengan fakta tidak menyakinkan. Kalau dari segi umum nya dalam undang undang menceritakan keburukkan OKT tidak memberikan kesan pada kes tetapi kalau diceritakan tentang kebaikan nya boleh membantu kes demi untuk memberikan keadilan yang termampu. Elok tuan buat perubahan pada diri tuan dahulu sebelum dapat menjadi duta perubahan.. boleh kan..pejuang islam pasti boleh.

    Ahmad

    April 1, 2010 at 6:40 am

  2. Terima kasih Saudara Ahmad dengan teguran sebegitu.

    dutaperubahan

    April 1, 2010 at 10:33 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: