J U R N A L P E R U B A H A N

Just another WordPress.com weblog

Posts Tagged ‘boikot pas reform

Apa Misi PAS Reform?

leave a comment »

Reform ialah P E R U B A H A N. Saya mula mengenali perkataan Reformasi sejak dibangku sekolah sekitar 1998/1999. Pada waktu itu, nurani rakyat mahukan reformasi tumbangkan kerajaan yang zalim. UMNO dan Barisan Nasional. Ia dipimpin oleh pemerintahan corak semi-demokrasi yang diketuai oleh Mahathir Mohammad seperti kata William Case. Kebencian terhadap Mahathir mendidih mendadak selepas pemecatan Anwar Ibrahim dari kabinet Malaysia. Mahkamah baru-baru ini putuskan pemecatan tersebut sah.

Itu makna harfi mengenai Reformasi.

Sebuah parti Islam di Malaysia yang melalui onak samudera sejak penubuhannya berdekad dulu kini berhadapan dengan serangan pemikiran dan  masalah disiplin ahli. Ya, PAS pernah melalui zaman badainya dulu. Zaman kepimpinan arwah Dato’ Asri Muda selepas fasa pembentukan kerajaan campuran bersama UMNO. Ucapan dasar Dato’ Asri pernah ditolak dalam muktamar. Akhirnya, muncul era kepimpinan ulama’ yang dipimpin oleh arwah Dato’ Fadzil Noor dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Wibawa mereka terserlah.

Serangan terhadap PAS bukan hanya dari luar tapi dari dalam. Dari luar itu biasa sifatnya. Namun, jika dari dalam itu luar biasa atau janggal namanya. Sementelahan saya mencari sparring blogger petang tadi, saya jumpa beberapa logo dan tagline berbau desakan dari mereka yang tersepit. Antara yang saya jumpai, ‘Desak Mahukan EGM’, PAS Reform dan Task Force 13 yang mahu menyuburkan demokrasi berpolitik dalam PAS, kata mantan budak UM, Zainulfaqar.

Dua logo diatas saya dapati daripada blog Zainulfaqar dan Al-Bakistani.

Saya masih belum ada jawapan samada ini dinamakan P E R U B A H A N yang sebenar atau ia hanya sekadar kemuncup dalam perjuangan. Azam saya ialah menutup mulut pihak ini dengan meneruskan perjuangan PAS yang sebenar sehinggalah tiada lagi unsur fitnah dan kepuakan begini.

19.12 | Tepi Bukit  

Written by dutaperubahan

March 16, 2010 at 11:07 am

Posted in Uncategorized

Tagged with